01.01.2020

Terjemah Kitab Shahih Fiqih Sunnah

Ini adalah hasil terjemahan dari kitab Al-Umm edisi lengkap berserta tahqiq karya Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H). Cuma bagi edisi terjemahan ini, penerbit (atau penterjemah) hanya berkenan menterjemahkan secara lengkap bagi bab-bab perbahasan yang menyangkut urusan ibadah sahaja, manakala bagi perbahasan mu'amalah ditinggalkan dan tidak diterjemahkan. Tetapi mungkin akan diusahakan pada masa-masa mendatang. Jadi, bagi edisi ini, terjemahannya lengkap mencakupi perbahasan Thaharah, Haid, Solat, Solat-solat Sunnah, 'Ied (hari raya), hukum-hakam murtad, Jenazah, Zakat, Puasa, I'tikaf, Haji, Korban, Buruan, Sembelihan, Makanan, sehinggalah terhenti ke bab perbahasan Nadzar.

  1. Terjemah Kitab Shahih Fiqih Sunnah Indonesia
  2. Download Terjemahan Kitab Shahih Fiqih Sunnah
Terjemah Kitab Shahih Fiqih Sunnah

Ia diterjemahkan lengkap menjadi 4 jilid. Walau apa pun, ini semua tetap memiliki faedah yang besar bagi para pencinta kitab hasil karya para ulama generasi awal, khususnya karya Imam asy-Syafi'i ini. Para pencinta ilmu pasti gembira dengan terhasilnya edisi terjemahan ini terutamanya yang menyangkut hal-hal ibadah. Ini sekaligus membantu para pengamal mazhab asy-Syafi'i di nusantara ini khasnya.

Usaha ini amat membantu kita semua dalam membuat semakkan dan rujukkan berkaitan perbahasan fiqh dan ibadah dengan rujukan asalnya secara ilmiyah dan sahih. Sekaligus meningkatkan maklumat, ilmu, capaian, dan keluasan pembacaan kita dalam memahami mazhab imam asy-Syafi'i ini. Perbahasan yang terkandung dalam kitab al-Umm ini merangkumi pelbagai asas dan penjabaran persoalan agama yang sangat luas. Bahkan ia boleh dikatakan sebagai himpunan perbahasan yang mengumpulkan pendapat-pendapat imam asy-Syafi’i rahimahullah dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Di antara perbahasannya mencakupi aspek thaharah, solat, hari raya, zakat, jenazah, puasa, haji, ibadah korban, perburuan, nadzar, jual beli, wasiat, faraidh, peperangan, jihad, pernikahan, hudud, qishash, dan banyak lagi yang lainnya.

Idris Asy-Syafi'i rahimahullah atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah.

Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Malaysia. Mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i. Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i, juga tidak tahu apa karya-karya Imam asy-Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.

Terjemah Kitab Shahih Fiqih Sunnah Indonesia

Terjemah

Tapi dalam perkembangannya, fiqh juga mengalami kemerosotan. Itu terjadi disebabkan fenomena taklid buta dan taksub kepada madzhab berkembang. Pendapat-pendapat tokoh lebih diutamakan berbanding nash-nash, manakala dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah dilupakan. Akhirnya, perbezaan pendapat pun berubah menjadi sengketa dan perpecahan.

Ikhtilaf (perbezaan pendapat) tidak lagi menyuburkan khazanah intelektual umat ataupun menghiasi kepelbagaian pandangan, tetapi menjadi punca untuk saling berseteru, berselisih, hinggalah berpecah-belah. Set buku yang berjudul Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A'immah ini merupakan sebahagian juzuk dari usaha-usaha besar ini. Penulis berusaha mengumpulkan pelbagai dalil dari al-Qur’an, as-Sunnah, atsar para sahabat, tabi’in dan pendapat para ulama tentang pelbagai masalah hukum-hakam dalam Islam. Penulis juga turut merangkumkan serta mengemukakan pelbagai bentuk kesepakatan dan perbezaan pendapat di kalangan ulama.

Download Terjemahan Kitab Shahih Fiqih Sunnah

Selanjutnya, penulis memilih pendapat yang dipandang rajih (kuat), disertai ulasannya. Keistimewaan lain buku pada buku ini adalah di dalamnya turut dicamtumkan sumber-sumber rujukan yang lengkap dan terperinci, khususnya berkaitan dengan kutipan hadis dan nukilan kepelbagaian pandangan ulama, tokoh dan mazhab.

Komentar dari tiga ulama besar kontemporari juga turut dibawa. Iaitu pandangan dan fatwa-fatwa milik Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Syaikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baz dan Syaikh Muhammad bin Sholeh al-'Utsaimin. Ini sekaligus menjadikan buku ini lebih bermutu dan berkualiti. Tanpa dapat dinafikan, buku ini mampu memperkayakan pengetahuan anda.Ia diadun dengan begitu sistematik, ringkas, padat, bermaklumat, dan mudah difahami. Walaupun bagi kalangan awam dan pemula, insyaAllah.